IPOH, 6 MEI: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal mereka dirempuh kereta di KM64 Jalan Ipoh-Taiping, dekat Kuala Kangsar pagi tadi.
SEREMBAN, 4 MEI: Seorang wanita maut digilis lori tangki minyak selepas tercampak keluar dari kereta dinaiki ketika melalui selekoh di Kilometer 26 Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson di sini hari ini.
JASIN, 30 APRIL: Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut, manakala ibu bapanya cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Batu Gajah, di sini petang semalam.
JOHOR BAHRU, 28 APRIL: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 1.6 Lebuh Raya Utara Selatan menghala pusat bandar di sini, pagi tadi.
KUALA TERENGGANU, 28 APRIL: Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika dalam perjalanan pulang dari surau di Pengkalan Arang, di sini malam tadi.
JOHOR BAHRU, 23 APRIL: Kanak-kanak perempuan maut, dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Adda 5 di Taman Adda Heights di sini, tengah malam tadi.
SEREMBAN, 22 APRIL: Pemandu Honda Jazz yang memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan tiga remaja maut dalam kemalangan di Jalan Persiaran Senawang 1 hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini.
IPOH, 16 APRIL: Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah lori di Kilometer 67, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat Tapah, hari ini.
SHAH ALAM, 14 APRIL: Pejalan kaki dipercayai gelandangan maut dalam kemalangan di Persiaran Jubli Perak berhampiran Hentian Bas Seksyen 19, di sini pagi tadi.
KUANTAN, 31 MAC: Seorang pemandu lori direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dalam kemalangan yang mengorbankan tiga sekeluarga di Kilometer 50.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah Kuantan semalam.
IPOH, 31 MAC: Seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer 264.
KUANTAN, 30 MAC: Tiga maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 50.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Kuantan, berhampiran Kampung Lentang, Bentong, petang tadi.
SEREMBAN, 30 MAC: Polis menahan seorang anggota tentera selepas didakwa menggunakan kekerasan terhadap seorang pemandu wanita sehingga mendatangkan kecederaan akibat kemalangan di Jalan Persiaran Senawang 4, dekat Taipan, di sini, malam tadi.
KOTA KINABALU, 30 MAC: Dua termasuk seorang bayi berusia enam bulan maut apabila kereta dinaiki bersama lima yang lain terbabit kemalangan di hadapan Klinik Kesihatan Telupid pagi tadi.
KOTA TINGGI, 28 MAC: Jenazah tiga beranak yang maut dalam nahas jalan raya membabitkan empat kenderaan di KM58.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Kluang malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang, Kampung Makam di sini hari ini.
KUALA BERANG, 28 MAC: Seorang pekerja kilang maut ketika dalam perjalanan pulang ke kampung di Kelantan untuk menyambut Aidilfitri selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 395.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini hari ini.
KOTA TINGGI, 28 MAC: Hajat untuk mengadakan sesi foto raya beramai-ramai tidak kesampaian apabila tiga daripada ahli keluarga maut dalam nahas jalan raya membabitkan empat kenderaan di KM58.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Kluang, malam tadi.
KLUANG, 28 MAC: Lima termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM58.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, 11.30 malam tadi.
MELAKA, 22 MAC: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Penghulu Jaabar, Bukit Katil, di sini, hari ini.
JERTIH, 21 MAC: Dua beranak maut apabila motosikal yang dinaiki dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu dekat Kampung Padang Landak, di sini malam tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.